♥Followers♥

Cinta adalah sebuah kitaran. Apabila anda mencintai anda terluka. Apabila anda terluka, anda benci. Apabila anda benci, anda cuba melupakan. Bila anda cuba untuk melupakan, anda mula hilang. Dan ketika anda mula hilang, akhirnya anda akan jatuh cinta lagi.

Apr 8, 2011

manfaat nanas

salam readers..
hari ni nak kongsi sikit pasal nanas..
ramai jugak yang suka makan buah nanas ni..
tapi ramai jugak yang tak suka..
nanas boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan pajeri, gulai dan sebagainya..
 
berikut adalah manfaat nanas:
  1. membantu menurunkan berat badan. memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan memakan makanan manis. memakan nanas juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah sedikit lemak pun.
  2. nanas juga menyihatkan mata. kajian menunjukkan amalan memakan nanas dapat melindungi mata daripada masalah penuaan kerana ia kaya dengan anti oksida.
  3. nanas juga membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. nanas kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangata baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas menyerang sel-sel sihat. banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selsema dan meningkatknan sistem imunisasi.
  4. nanas kaya dengan serat, ia amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
  5. nanas juga mengandung enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

1 comment:

MiSzy DiaN said...

nda suka makan nenas.. sb buat lidah jd teruk.. huhu..
alergik kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...