tepat 9.51 am tadi.
tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi nada dering telefon yang sememangnya aku kenal.
lagu "i will promise you-ANJELL".
tu bunyi telefon aku.
terus dalam keadaan yang mamai lagi.
aku pun terus angkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
tiba-tiba aku terdengar suara mak sebak.
"awat mak?"
"mak nak wat lemang ni. kak dok tidoq lagi"
aku pun dalam mamai-mamai lagi jawab.
"ye mak"
nada suara mak dah sedih.
"nanti hampa balik kita wat lain lemang naeh??"
aku macam tersedar dari mamai aku.
"haa.. awat mak? tak pa la. nanti kami balik"
"mak sedih hang ngan along tak balik raya kali ni"
aku terdiam.
mak cakap lagi.
"tak pa la kak. mak nak pi wat lemang ni. nanti hampa balik kita wat lain."
lepas tu panggilan tu dimatikan.
tiba-tiba hati aku rasa sebak.
kenapa ni?
asal mak tiba-tiba cam tu?
ni la pertama kali aku ngan along tak balik.
ni la buat pertama kalinya kami sekeluarga tak berkumpul ramai-ramai.
buat aku terpaksa tak balik kampung.
aku memang nak sangat balik.
tapi aku perlu berjihad demi masa depan aku.
aku ada 3 "paper" lagi untuk "final exam" ni.
huuuuu.....
dengan itu aku terpaksa berkorban.
aku tak pernah terpikir ini akan jadi.
tapi raya korban tahun ni aku tau tahun ramai gak yang tak boleh balik kampung.
kita senasib.
sebenarnya aku malas nak pikir terpaksa raya pertama kali di perantauan.
tapi bila mak aku cakap macam tu tadi.
air mata aku berlinang.
menitis jugak le dalam 5 minit macam tu.
aku sedar.
mak pun mungkin tak dapat terima.
aku ngan along tak balik raya tahun ni walaupun raya ni ada orang yang anggap tak penting sangat.
hati aku tiba-tiba menjerit hiba.
"mak nanti kak balik la."
abah selalu tak da dalam gambar raya. keja pagi raya (raya aidilfitri 2009).
(T.T)
haa... ada pun abah.. yang pakai topi polis tu.. (tak pic ni bila ntah)
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............
nak balik kampung.
ok la semua.
nak "study".
raya kedua ada 2 "paper".
doakan aku ye semua.
selamat hari raya aidiladha.
(^_^)
8 comments:
buat yang teerbaik erk bai untuk ehzam lu..selamat hari raya aidiladha untuk lu erk
sbr dear~~
t blik ea..
wat terbek untuk exam tu..
ada lah jugak buad pengorbanan sempena raya haji ni kan.
gud luck k!
one2paii>> metacih one2paii..
slmt ari ry jgk utk one2paii..
nusha>> yup2..
byk2 brsbar da ni..
huhu..
insyaAllah yg trbaekk!!
misApple>> yup..
pngorbanan utk prtma klnya..
metacih..
fara muni : sabar..:)
alahai. cedey je bace...
study baek2 k. nnti ley tros balek.
Gudlak dear!
tak lupe juga,
Salam Aidiladha! :)
Post a Comment