Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....
p/s: tidak perlu memiliki!!
4 comments:
yea, tak perlu memiliki, pasti akan jadi milik kita kalau kitalah pemiliknya...
Anyway, meh la singgah blog i, blog dah bersih dah, bkilat2, hehee, oke nak siap2 balik umah! japgi nak balik taiping! yahuuu!!!
u make me think deeply. niway, kita merancang. DIA yg mngatur dan menentukn.. nice entry. follow u.
love this song.
haish
betul betul
mcm si dani yg xkesampaian cinte die kat si maya
tgk pic dorg rase mcm nk emo2 malam nie sambil tgk adamaya
T_______T
Post a Comment